Cute & Adorable Stuffs ♥

Saturday 13 October 2012

Kebaikan dan Keburukan Berpoligami .

Views
Assalamualaikum semua . Setiap yang baik datang daripada Allah swt . Yang buruk datang daripada-Nya untuk meneguhkan iman kita . 

Antara kebaikan berpoligami yang dituntut dalam Islam bagi mereka yang mampu adalah:-
  • - Menyelamatkan suami daripada melakukan penzinaan disebabkan wujudnya halangan berbentuk syariat bagi wanita iaitu haid dan nifas.
  • - Mendapatkan keturunan kerana isteri disahkan tidak dapat melahirkan anak atau isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haid.
  • - Memelihara lelaki yang mempunyai kemahuan dan nafsu seks yang tinggi daripada melakukan zina.
  • - Poligami menghindar daripada berlaku perceraian kerana isteri mandul, sakit atau terlalu tua.
  • - Menghindari daripada perempuan bergelar anak dara tua di mana zaman sekarang lebih ramai perempuan daripada lelaki dan mereka dapat merasai kehidupan berumahtangga.
  • - Keperluan lelaki yang berhijrah jauh mencari rezeki, yang sentiasa kesunyian tiada teman bagi mengelakkan berlakunya hubungan haram.
  • - Andainya poligami tidak dibolehkan, wanita hanya akan menjadi alat pemuas nafsu bagi mereka yang mempunyai harta dan kesenangan tetapi tidak mempunyai tanggujawab sepatutnya terhadap wanita tersebut.
  • - Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah keturunan yang merosakkan kesejahteraan umat manusia. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza daripada anak yang sah, dan mengelakkan anak dan keluarga terasa malu dengan keturunannya.
  • - Menambah hubungan antara keluarga melalui ikatan yang dijalinkan.
  • - Kehormatan wanita akan terjaga apabila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin mengambilnya sebagai isteri.
  • - Memberi kesempatan yang lebih besar kepada para isteri beramal apabila tibanya giliran isteri yang kedua.
  • - Menambah bilangan keturunan.
  • - Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan isteri digilirkan.

Maka, poligami itu akan bertukar menjadi pengalaman pahit apabila:
  • - Pengamalnya tidak mendalami ilmu sebelum berpoligami.
  • - Pengamalnya tidak mengikut Al-Quran dan As-Sunnah apabila berpoligami.
  • - Pengamalnya bertujuan untuk mengkianati wanita.
  • - Pengamalnya berpoligami berdasarkan nafsu semata-mata.
  • - Pengamalnya tidak pandai untuk menguruskan rumahtangga.

Islam juga tidak memandang mudah tentang syarat-syarat yang dikenakan terhadap suami yang berpoligami. Sekiranya syarat-syarat tersebut tidak dapat dipenuhi maka mereka ditegah untuk melakukan poligami yang boleh membawa mereka kepada lembah dosa yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Poligami itu tidak buruk tetapi menjadi buruk apabila orang yang sesat mengamalkan poligami. Poligami adalah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kerana-NYA adalah Maha mengetahui segala keperluan dan kehendak hambanya.
Allah tidak menghalalkan apa yang akan memudaratkan hambanya. Dalam poligami tiada buruknya. Cuma tanggungjawab yang perlu dipikul adalah berganda berbanding sebelumya. Tanggungjawab dalam melaksanakannya merupakan cabaran paling penting dalam berpoligami.




No comments :

Post a Comment

Kekasih Hati Cik Jasmine ♥