Cute & Adorable Stuffs ♥

Saturday 13 October 2012

Berpoligami .

Views
Assalamualaikum pembaca blog yang setia . Apa khabar ? Sihat tak ? 
Tengok tajuk post di atas , BERPOLIGAMI . Tergerak di hati untuk menulis dan berkongsi artikel ini bersama semua walaupun belum cukup usia . Tapi , tak salah kan :)

Mudah-mudahan kita mendapat info yang bernas selepas membacanya :')

BERPOLIGAMI 
Fitrah untuk hidup secara berpasangan merupakan satu lumrah kehidupan manusia. Bagi memenuhi dorongan biologi ini umat Islam terikat dengan peraturan perkahwinan yang berteraskan syariat. Perkahwinan bahagia berteraskan kasih sayang dan kemesraan menjadi motivasi dan penggerak ke arah kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat. Sebaliknya perkahwinan yang retak akan menghasilkan simpton-simpton ketidakteguhan peribadi yang membawa kesan negatif bukan sahaja kepada diri bahkan juga masyarakat.


Perkahwinan secara mudahnya boleh diklafikasikan kepada dua bentuk yang utama iaitu  monogami  dan  poligami.  Monogami  ialah  perkahwinan  di  antara seorang lelaki dan seorang perempuan, manakala poligami merupakan perkahwinan  seorang  lelaki  dengan  beberapa  orang  wanita  pada  satu-satu masa.


Artikel ini akan memfokuskan kepada isu poligami kerana ia sering menimbulkan pro dan kontra di dalam masyarakat termasuk di kalangan umat Islam. Kaum lelaki mendabik dada mendakwa poligami sebagai hak mereka, manakala kaum wanita pula berkeras enggan dimadu dengan berbagai-bagai alasan. Lantaran itu  topik  ini  cuba  digarap  dengan  melihat  konsep  poligami  mengikut  hukum syarak dan perlaksanaannya mengikut undang-undang syariah di Malaysia.



Poligami Menurut Islam



1


Islam adalah agama fitrah yang mengiktiraf kepelbagaian keperluan dan kehendak  manusia  dalam  hidup  berpasangan.  Berasaskan  kepada  keadaan inilah Islam membenarkan poligami yang merupakan amalan masyarakat turun temurun  sejak  sebelum  kedatangan  Islam  lagi.  Bagi  memastikan  amalan poligami secara yang lebih adil dan dapat menjamin kesejahteraan hidup ummah seluruhnya, Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu yang menghadkan amalan yang bebas sebelum ini dan mengambil jalan pertengahan yang lebih wajar. Syariat Islam menetapkan bahawa seorang lelaki boleh berkahwin dengan lebih dari seorang perempuan tetapi tidak melebihi empat orang.

Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami ialah firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’, ayat 3 :



ﻰﻨﺜْ ﻣَ ءﺎ
ﻨﱢﻟا َﻦﻣﱢ
ﻢﻜﻟَ
َبﺎﻃَ  ﺎ
اْﻮﺤ
ﻜِ ﻧﺎ
ﻰﻣَ ﺎَﺘَﻴﻟْا ﻲ
ْاﻮﻄُ
ﺴِ ﻘْ ﺗُ
ﱠﻻأَ
ْﻢﺘُْﻔﺧِ
نْ ِإَو
ﻰﻧدْ أَ
َﻚِﻟَذ
ﻢْ ُﻜُﻧﺎﻤَ ﻳْ أَ ﺖْ
َﻜَﻠَﻣ ﺎ
ْوأَ
ًةَﺪِﺣاﻮَ ﻓَ
ْاﻮﻟُﺪِ ﻌْ ﺗَ
ﱠﻻأَ
ْﻢﺘُْﻔﺧِ
نْ ِﺈَﻓ َعﺎﺑَرُ وَ
َثَﻼﺛَُو


Mafhumnya :
ْاﻮﻟُﻮﻌُ ﺗَ
ﱠﻻأَ



“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan) perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hamba- hamba perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”.


Menurut Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Fathurrahman (1988), poligami bukanlah suatu prinsip yang wajib dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika tidak  mengamalkannya.  Poligami  hanya  merupakan  perkara  harus  dan  satu



2
rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat. Jelasnya di sini walaupun bahasa yang digunakan di dalam ayat di atas berunsur perintah, ia bukanlah membawa kepada makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia boleh membawa kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yang dikahwini.


Syarat Poligami



1. Berkemampuan Untuk Menanggung Nafkah Isteri-isteri



Suami berkewajipan menanggung nafkah isteri zahir dan batin tidak kira sama ada dia mempunyai seorang isteri atau lebih. Nafkah zahir yang dimaksudkan di sini ialah dari aspek makan-minum, pakaian, kediaman dan perubatan. Nafkah batin pula ialah suami berkeupayaan dalam memberi layanan seks kepada isteri. Di dalam Mazhab Syafi’e, terdapat dua pendapat mengenai kadar pemberian nafkah kepada isteri iaitu :


i.         Melihat keadaan suami sahaja tanpa mengambil kira keadaan isteri,

ii.        Melihat  keadaan  kedua-dua  suami  dan  isteri  iaitu  dinilai  menurut kesanggupan suami dan perlu diberi menurut keadaan isteri.


Dalam hal ini pendapat kedua adalah lebih sesuai dan menepati konsep keadilan memandangkan dalam banyak keadaan seseorang suami itu mempunyai isteri yang  datang  dari  berbagai-bagai  status  kedudukan  yang  berbeza.  Abu  al-
‘Aynayn dalam buku al-Ziwaj wa al-Talaq fi al-Islam berpandangan bahawa sebarang penambahan boleh diberikan kepada salah satu isteri dalam soal pemberian  nafkah.  Walaupun  begitu  ia  tidak  boleh  diamalkan  jika  boleh membawa kepada perselisihan dan tidak puas hati di antara isteri.


2. Berlaku Adil Kepada Isteri-isteri



3


Menurut Abu al-‘Aynayn, keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri tanpa wujud pilih kasih di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik di antara suami isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak. Keadilan ini wajib dijelmakan di dalam perkara-perkara ikhtiari dan lahiriah yang melibatkan beberapa  aspek  iaitu  nafkah,  pakaian,  penempatan,  giliran  bermalam  dan musafir. Perasaan dan kasih sayang pula tidak termasuk di dalam tuntutan keadilan kerana ianya di luar kawalan manusia dan bersifat relatif. Walaupun begitu   suami   tetap   dilarang   daripada   menzahirkan   secara   jelas   tentang perbezaan ini berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’, ayat
129 :



ﺎهَ ورُ
َﺬَﺘَﻓ ِﻞﻴْ َﻤﻟْا ﱠﻞُآ
اْﻮﻠُﻴِﻤَﺗ َﻼَﻓ ْﻢﺘُْﺻﺮَ ﺣَ
ﻮْ َﻟَو ءﺎ
ﻨﱢﻟا َﻦﻴْ َﺑ
اْﻮﻟﺪِ ﻌْ ﺗَ ن
اْﻮﻌُ ﻴِﻄَﺘﺴْ
َﺗ ﻦﻟوَ

ﺎﻤﻴ  رﱠ
ارﻮﻔﻏَ
َنﺎآَ
ﻪَ ﻠّﻟا نﱠ
ِﺈَﻓ
اْﻮﻘﺘﱠﺗَوَ
ْاﻮﺤُ
ﻠِﺼْ
ﺗُ نإوَ
ِﺔَﻘﻠﱠَﻌﻤُ ﻟْﺎآَ

Mafhumnya :



“ Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya). Oleh itu janganlah kamu cenderung (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti tergantung (di awang-awangan). Jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.




2.1. Adil Dalam Menyediakan Kediaman


Sebagaimana pemberian nafkah, suami juga perlu menyediakan tempat tinggal isteri baik dalam keadaan monogami atau poligami. Apabila berpoligami, kediaman isteri seboleh-bolehnya hendaklah diasingkan sebagai suatu inisiatif



4
untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu menular di kalangan isteri. Menurut ‘Abd al-Nasir Tawfiq al-‘Attar dalam bukunya Ta’addud al-Zawjat min al-Nawahi al-Diniyyah wa al-Ijtima’iyyah wa al-Qanuniyyah, pengasingan ini bergantung kepada kemampuan seseorang suami yang mana tidak semestinya disediakan sebuah rumah untuk setiap isteri bahkan dibolehkan juga disediakan bilik-bilik berasingan dalam satu rumah yang sama. Walaubagaimanapun dari segi psikologi, menempatkan ister-isteri dalam rumah yang sama akan memudahkan mereka berselisih faham yang boleh melukakan perasaan.


2.2. Adil Dalam Giliran Bermalam



Suami wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil di antara isteri- isterinya tanpa mengira sama ada isterinya itu isteri muda, isteri tua dan sebagainya. Suami berdosa jika memberikan giliran lebih banyak kepada salah seorang isteri berbanding dengan isterinya yang lain. Walaubagaimanapun ‘Abd al-Nasir  Tawfiq  al-‘Attar  berpandangan  kelonggaran  boleh  diberikan  pada malam-malam awal perkahwinan dengan isteri baru tanpa perlu diqadha balik kepada   isteri   tua.   Ini   berdasarkan   kepada   hadis   Rasulullah   SAW   yang
diriwayatkan dari Anas r.a. dengan katanya :





: لﺎﻗ
ﻚﻟﺎﻣ ﻦﺑ ﺲﻧأ
ﻦﻋ ﺔﺑﻼﻗ ﻲﺑأ
ﻦﻋ ﺪﻟﺎﺧ ﻦﻋ
ﻢﻴﺸه
ﺎﻧﺮﺒﺧأ
ﻰﻴﺤﻳ ﻦﺑ ﻰﻴﺤﻳ
ﺎﻨﺛﺪﺣ

ﺐﻴﺜﻟا
جوﺰﺗ اذإو ﺎﻌﺒﺳ ﺎهﺪﻨﻋ مﺎﻗأ
ﺐﻴﺜﻟا
ﻰﻠﻋ ﺮﻜﺒﻟا جوﺰﺗ اذإ

ﺎﺛﻼﺛ ﺎهﺪﻨﻋ مﺎﻗأ ﺮﻜﺒﻟا ﻰﻠﻋ


Mafhumnya :


5


“ Di antara sunnah ialah apabila seorang lelaki berkahwin dengan anak dara lalu dia bermalam dengannya selama tujuh malam. Sekiranya janda, selama tiga
malam ”.

(Riwayat Muslim)



Di samping itu keadilan dalam giliran malam ini masih juga relatif sifatnya dan perlu dinilai mengikut situasi seseorang isteri. Ia boleh dilonggarkan apabila ada kerelaan daripada mana-mana isteri tersebut. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang diriwayatkan dari al-Bukhari :


ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ ﻲﺒﻨﻟا نﺎآو ، ﺔﺸﺋﺎﻌﻟ ﺎﻬﻣﻮﻳ ﺖﺒهو ﺔﻌﻣز ﺖﻨﺑ ةدﻮﺳ نأ ةدﻮﺳ مﻮﻳو ﺎﻬﻣﻮﻴﺑ ﺔﺸﺋﺎﻌﻟ ﻢﺴﻘﻳ ﻢﻠﺳو


Mafhumnya :



“ Sawdah telah memberikan giliran beliau kepada Aisyah dan Rasulullah telah bermalam bersama Aisyah dengan giliran beliau dan Sawdah ”.


2.3. Adil Dalam Musafir


Munurut pendapat Imam Syafie, suami wajib membuat undian di antara isteri- isteri sekiranya beliau menginginkan salah seorang dari mereka menemaninya bermusafir. Dengan itu suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya. Berbeza keadaannya jika undian tidak dibuat dan tiada kerelaan mana-mana isteri, suami wajib mengqadha giliran bermalam kepada isteri yang tidak memperolehi haknya pada masa musafir tersebut. Perkara berkenaan undian ini disebut oleh Aishah r.a. menerusi hadis riwayat al-Bukhari :





6
ﻪﺟاوزأ ﻦﻴﺑ عﺮﻗأ اﺮﻔﺳ دارأ اذإ ﻢﻠﺳو ﻪﻴﻠﻋ ﷲا ﻰﻠﺻ ﷲا لﻮﺳر نﺎآ



Mafhumnya :



“ Nabi SAW apabila keluar bermusafir, baginda akan menjalankan undian di antara isteri-isterinya ”.


Bagaimanapun mazhab Hanafi berbeza pandangan dalam hal ini dengan mengatakan suami tidak wajib membuat undian untuk memilih isteri yang menemaninya ketika musafir.


Poligami Dalam Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia



Dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia, poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Ini diperuntukkan dalam seksyen 23(1) Akta Undang- Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.  Menurut seksyen
23(3)   AUKI   1984,   permohonan   suami   hendaklah   dikemukakan   kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan. Akuan tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa perkahwinan poligami ini patut dan perlu, keadaan kewangan suami dengan memberi butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan serta bilangan tanggungan termasuk orang yang akan ditanggungnya berikutan dengan perkahwinan baru yang dicadangkan. Selain dari itu pemohon juga kena menyatakan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isteri telah diperolehi mengenai perkara tersebut.


Mahkamah dalam memberi pertimbangan akan mengambil kira empat syarat kebenaran untuk berpoligami sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen
23(4) AUKI 1984, iaitu :




7
1.  Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada  keadaan  isteri  dari  segi  kemandulan,  keuzuran  jasmani,  tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila.
2. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru.
3. Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak.
4.  Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie kepada isteri.


Persoalan sama ada keempat-empat syarat di atas perlu dipenuhi kesemuanya dalam satu-satu permohonan telah diputuskan dalam kes Aishah lwn Wan Mohd Yusof, [1990] 3 MLJ 1x dan [1991] JH VII, yang dibicarakan dalam Jawatan Kuasa  Rayuan  Mahkamah  Syariah  Selangor.  Hakim  membuat  keputusan bahawa keempat-empat syarat yang disebut di bawah Sek. 23(4) Enakmen Undang-undang   Keluarga   Islam   Selangor   adalah   sama   pentingnya   dan hendaklah dibuktikan berasingan oleh pihak suami.


Perkara sama juga telah diputuskan oleh Jawatankuasa Ulang Bicara Selangor dalam kes Rajamah lwn Abd Wahab, [1990] JH 171. Oleh sebab suami gagal membuktikan  bahawa  dia  dapat  memenuhi  kesemua  syarat  dan  keperluan dalam Sek 23(4) tersebut, Mahkamah menolak permohonan suami untuk berpoligami.


Hakikatnya syarat yang dikenakan dalam undang-undang bukan bertujuan untuk mengharamkan   poligami   kerana   mengharamkannya   bertentangan   dengan hukum syarak. Namun ia dijadikan sebagai satu mekanisme untuk mengawal kaum lelaki daripada menyalahgunakan keharusan berpoligami sesuka hati mereka. Sebagai pengiktibaran yang paling baik dapat dilihat dalam kes Ruzaini



8
lwn Nurhafizah, [2002] JH 79 memperlihatkan bagaimana adilnya hakim dalam membicarakan kes permohonan berpoligami. Walaupun mendapat keizinan dari isteri untuk berkahwin lagi satu, mahkamah tetap tidak meluluskannya kerana sangsi dengan kemampuan suami untuk berlaku adil dengan kedua-dua isteri dan tanggungan.


Seterusnya bagi mengelakkan penganiayaan terhadap wanita, AUKI 1984 juga memperuntukkan penalti bagi lelaki yang tidak memperolehi kebenaran Mahkamah tetapi tetap juga berkahwin lagi secara poligami. Seksyen 123 menyebut bahawa lelaki yang berpoligami tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah  adalah  melakukan  kesalahan  dan  hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.


Namun begitu, bilangan lelaki yang berkahwin poligami tanpa kebenaran mahkamah terus berlaku dan lebih banyak berbanding yang dilakukan mengikut prosedur mahkamah syariah. Contoh terbaru ialah perkahwinan di antara Datuk Noridan Spee Yee dan Siti Insiah Abdul Wahab yang dilakukan di Thailand seperti yang dilaporkan dalam Harian Metro bertarikh 20 Mac 2006. Pasangan tersebut  asalnya  dijadual  bernikah  di  Padang  Serai,  Kedah  tetapi  gagal mendapat kebenaran Pegawai Agama Daerah Kulim akibat tidak menyerahkan dokumen yang diperlukan dalam permohonan poligami. Persoalannya ialah banyak masalah yang akan timbul kelak apabila pernikahan dibuat tetapi tidak didaftar dan disahkan oleh mahkamah. Antara masalah yang akan berlaku ialah status isteri muda dan juga anak-anaknya yang akan tergantung. Keadaan menjadi lebih teruk apabila suami meninggal dunia yang mengakibatkan mereka tidak dapat menuntut harta pusaka disebabkan tidak ada bukti pernikahan.


Selain itu, masalah yang mungkin berlaku ialah suami tidak boleh menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Sebagai contoh isteri muda hanya dapat berjumpa suami secara sembunyi-sembunyi seminggu ataupun sebulan sekali.



9
Akhirnya ini juga akan mempengaruhi perkembangan emosi isteri dan anak kerana merasakan kehidupannya tidak sama dengan orang lain dan ini akan mendatangkan pula masalah sosial.


Bagi  menjaga  dan  memelihara  hak  isteri  daripada  menjadi  mangsa  ketidak adilan oleh suami, undang-undang juga menerusi Seksyen 128 AUKI 1984 memperuntukkan bahawa  seorang  suami  yang  tidak  memberi  keadilan  yang sewajamya kepada isteri telah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Peruntukan ini selaras dengan ajaran Islam yang menekankan pentingnya kaum wanita itu dilindungi dari penyalahgunaan amalan poligami yang sememangnya dihalalkan ini.   Penekanan perlu dibuat supaya suami memberikan keadilan yang secukupnya kepada isteri.


Kesimpulan



Berdasarkan kepada perbincangan di atas, beberapa kesimpulan dapat dirumuskan iaitu :


1. Poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapat mengelakkan manusia daripada melakukan zina dan perlakuan membela perempuan simpanan yang pastinya menzalimi diri dan wanita. Namun begitu poligami diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh tanggungjawab. Ukuran tanggungjawab digariskan dengan terang melalui amalan keadilan.  Adil di sini menyentuh soal giliran, pemberian nafkah zahir  dan  batin,  makan-minum,  pakaian,  jaminan  keselamatan  dan tempat tinggal. Justeru itu, haram berpoligami bagi lelaki yang tidak dapat memenuhi tuntutan tersebut.

2.   Poligami  bukanlah  dipelopori  oleh  agama  Islam  sebagaimana  yang didakwa  oleh  sesetengah  masyarakat  Islam  dan  bukan  Islam.  Ia



10
sebenarnya telah diamalkan zaman berzaman oleh masyarakat China, Yunani, Kristian dan Yahudi.


3.   Kecacatan poligami sebenarnya bukanlah dari segi prinsip tetapi lebih kepada perlaksanaannya oleh sesetengah lelaki yang menyimpang dari landasan syariat. Ini terbukti daripada statistik menunjukkan bahawa 80 peratus pengadu yang mengadu masalah rumah tangga terdiri daripada kaum wanita. Ia secara tidak langsung memberi pengertian bahawa krisis rumah   tangga   berpunca   daripada   kelalaian   pihak   suami   (Utusan Malaysia, 16 September 2005).


4.  Syarat yang ketat ditetapkan dalam undang-undang keluarga Islam bukanlah bertujuan mengharamkan poligami. Ia dirangka bagi menjaga ketenteraman rumah tangga dan mengelak dari penindasan serta kezaliman suami terhadap isteri. Ia juga bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan polemik dalam masyarakat yang akan merendahkan martabat agama Islam. Kaedah fiqh ada menyebut :



ِﺔَﺤَﻠﺼْ
َﻤﻟْ ﺎﺑِ
ٌطﻮْ
ﻨُ ﻣَ
ِﺔﻴﱠِﻋﺮﱠ ﻟا ﻰﻠﻋَ
ِمﺎﻣَ ﻹِ اْ فُ
ﺮﱡ َﺼَﺗ

Maksudnya :


“ Pemerintah hendaklah bertanggungjawab meletakkan maslahah Negara dan kepentingan rakyat dalam dasar pentadbiran dan pemerintahannya ”.

Semoga kita mendapat manfaat melalui pembacaan ini :')


No comments :

Post a Comment

Kekasih Hati Cik Jasmine ♥