Cute & Adorable Stuffs ♥

Sunday 1 June 2014

Perbezaan Ijazah ( Kepujian ) dengan Tiada Kepujian Dalam Ijazah

Views
Pernahkah kita lihat perkataan kepujian ( Hons ) semasa ingin memohon universiti atau melihat sekeping ijazah? Perkataan “ Kepujian “ ditulis bersama dengan kursus yang diambil contohnya Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan kepujian. Menjadi tanda tanya, ada juga permohonan universiti atau transkrip ijazah yang tidak tertulis kepujian contohya Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial. Mungkin ia menimbulkan persoalan, apa beza ada perkataan kepujian dengan tidak ada kepujian?

salam , saya keliru mengenai dua benda ni . apa beza antara ijazah sarjana muda dengan kepujian dan ijazah sarjana muda sahaja ? adakah title ” kepujian ” tu bagi kesan apa-2 di alam pekerjaan nanti ? terima kasih

Menjawab kepada pertanyaan pelawat kami bekenaan persoalan ini, kami terbitkan disini bagi membantu serta menjadikan informasi ini lebih terbuka kepada umum untuk membincangkannya. Sebelum itu, perkataan kepujian itu sebenarnya bukanlah kepada sesetengah kursus sahaja. Perkataan kepujian itu boleh diberikan kepada mana-mana kursus Ijazah yang diambil tidak kira ia sains, sastera, kejuruteraan atau kemanusiaan. Masalah disini, kadangkala kita melihat perkataan kepujian itu ditulis dan kadangkala tidak ditulis. Apa beza perkataan kepujian itu? Adakah ia mempengaruhi pekerjaan?

Kami cuba bertanya kepada ilmuan dan beberapa individu, jawapan mereka adalah seakan sama dan kadangkala agak samar. Kami juga ada bertanyakan hal ini kepada admin xpresi dan jawapanya juga sama.
Untuk tidak mengecewakan pelawat yang bertanya, dapat kami bantu dengan memberikan istilah kepujian itu mengikut sistem pendidikan tinggi luar Negara.

Di Australia kepujian itu diberikan kepada pengajian yang mempunyai kajian di akhir pengajian dan ia juga bergantung pada pencapaian pelajar tersebut secara berterusan semasa tahun ke 2-3. Pelajar juga perlu membuat thesis  dan menerbitkannya. Oleh demikian, kepujian itu diberikan kepada pelajar yang cemerlang sahaja dalam kursus yang diambil.

Untuk di United Kingdom UK, kepujian itu membezakan kelulusan professional/ ijazah khas dan ijazah biasa. Untuk mendapatkan kepujian perlulah cemerlang paling kurang CGPA 2.00 ( Kelas kedua ) semasa menamatkan pengajian. Selain itu, kajian juga perlu dilakukan semasa tahun akhir pelajar bekenaan.

Untuk di Malaysia ini, kami tidak dapat memberikan ketetapan atau penerangan yang lebih baik kerana apa yang telah berlaku kini agak mengelirukan ( kelemahan kami ) berbanding penggunaan “ Kepujian “ itu sebelum tahun 90an. Jika dahulu, pemberian kepujian adalah bagi Ijazah yang berkualiti iaitu mendapat keputusan akhir yang baik ( kelas pertama ) untuk mendapatkan taraf Kepujian itu.

Credit to Sumber.



No comments :

Post a Comment

Kekasih Hati Cik Jasmine ♥