Cute & Adorable Stuffs ♥

Monday 4 March 2013

Tingginya Darjat Seorang Insan Bergelar Wanita ♥

Views


Assalamualaikum pembaca blog sekalian.

Hari Ini Saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai hidup seorang insan bergelar wanita ♥

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......

Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.

Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita. 

Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.

Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita. 


Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit? 


Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang 

BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang? 

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid." 

Sungguh tinggi darjat wanita. 


Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya? 

Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba? 


Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, 

kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka 

dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian 

tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi 

menzahirkan seorang anak.


Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, 

mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun. 


Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia? 

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim  

anda sekarang? Atau akan datang? 

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik 

untuk anda. Berpantanglah. 


Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan 

anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun  perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim. 


Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat dan ambillah iktibar drpdnya :)

No comments :

Post a Comment

Kekasih Hati Cik Jasmine ♥